Panduan Web Jualan

Panduan Web Jualan
Brand: Ebook
Product Code: Ebook 002
Availability: In Stock
Price: RM25.00
Qty:  
   - OR -   

Panduan mudah langkah demi langkah membina laman web jualan atau minisite untuk produk anda...Disertakan Sistem Affiliate, Autoresponder, Borang, Panduan Promosi Berkesan dan banyak lagi....

Dengan Panduan Web Jualan ini, kini anda mampu membina dan memiliki laman web jualan sendiri yang lengkap dengan sistem affiliate, sistem autoresponder dan sistem borang tanpa perlu mengupah orang lain. Dengan itu anda dapat menjimatkan kos $$$$ dengan membina laman web jualan sendiri.

Semua usahawan internet yang menjual produk atau perkhidmatan memerlukan surat jualan ini. Minisite berfungsi sebagai pembantu jualan produk dan perkhidmatan yang anda jual dan bekerja 24 jam sehari tanpa perlu diawasi sepanjang masa.

Dalam keseronokan ingin memiliki laman web jualan sendiri untuk produk anda, timbul bermacam-macam persoalan tentang perkara yang berkaitan dengan laman web itu sendiri. Tentunya persoalan yang paling besar ialah bagaimana membina laman web yang boleh menjual.

KANDUNGAN WEB JUALAN

Modul 1 : Membina Halaman Web Jualan

Modul ini menerangkan langkah demi langkah dari mula hingga akhir bagaimana membina halaman untuk web jualan produk anda. Antara perkara yang dibingcangkan dalam modul ini ialah :

  1. Apakah perisian-perisian yang diperlukan untuk membina laman web jualan anda?
  2. Pengenalan kepada web hosting dan domain name. Apakah yang dimaksudkan dengan perkara web hosting dan domain name? Di mana untuk mendapatkannya dan penerangan tambahan yang berkaitan dengannya.
  3. Mengenali URL dan kepentingannya terhadap laman web jualan anda.
  4. Apakah struktur sesebuah laman web jualan dan ciri-ciri yang web jualan yang paling berkesan untuk produk anda.
  5. Langkah memulakan pembinaan laman web jualan dengan perisian yang dicadangkan.
  6. Cara meletakkan tajuk, tag dan link yang berkaitan untuk laman web jualan anda.
  7. Perkara dan kandungan yang perlu anda letakkan untuk menghasilkan laman web jualan yang berkesan.

....dan banyak lagi maklumat yang dibincangkan berkaitan dengan mambina laman web jualan ini.

Contoh laman web jualan yang boleh anda hasilkan daripada panduan ini adalah seperti berikut :

  1. Panduan Membina Laman Web
  2. Panduan Install Windows XP
  3. CD Koleksi Ebook Pilihan
  4. Panduan Juara Affiliate
  5. Panduan Mudah FTP

Modul 2 : Panduan Membina Borang

Terdapat 2 jenis skrip yang disediakan untuk anda iaitu skrip borang hubungi dan skrip borang pesanan pembayaran. Skrip-skrip ini boleh digunakan bergantung kepada kesesuaian laman web jualan anda.

Borang Pesanan adalah borang yang perlu diisi oleh seseorang yang ingin memesan barang (produk) atau telah membuat pembayaran terhadap produk yang dibeli. Borang pesanan ini perlu diisi oleh pelanggan sebagai satu bentuk pengesahan pembelian dan pembayaran sesuatu produk.

Manakala borang hubungi adalah borang yang perlu diisi oleh pelanggan anda jika mereka ada sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan dengan produk yang anda jual.

Modul 3 : Melindungi Halaman Download

Dalam menjalankan perniagaan internet terutamanya menjual produk digital, semua produk anda perlu diletakkan di dalam hosting anda. Jika ada pembeli yang membeli produk anda itu, mereka boleh download dengan cara yang mudah melalui halaman download.

Halaman download adalah halaman yang mengandungi semua link download produk yang anda tawarkan kepada pembeli. Halaman ini diperlukan untuk membolehkan pembeli download produk yang anda jual.

Oleh kerana semua produk digital yang anda jual melalui internet boleh didownload dengan cara yang mudah, maka halaman ini perlu dilindungi dengan password untuk mengelakkan orang ramai download produk anda secara sesuka hati. Password hanya diberikan kepada mereka yang telah membayar untuk membeli produk anda.

Modul 4 : Panduan Upload File

Upload bermaksud memuat naik sesuatu ke web hosting. Upload laman web bermaksud memuat naik segala fail berbentuk digital termasuk folder, fail HTML, image, audio, video dan sebagainya ke dalam web hosting anda.

Setelah laman web jaulan anda siap sepenuhnya, anda perlu upload semua fail laman web jualan tersebut ke dalam web hosting anda supaya semua orang yang melayari Internet boleh melihatnya.

Modul 5 : Panduan Membina Email

Panduan email ini adalah untuk mereka yang ingin membina email pada hosting dan domain sendiri. Syarat untuk anda membina email sendiri ini ialah anda perlu memiliki hosting dan domain sendiri.

Modul 6 : Panduan Membina Database

Modul ini menerangkan bagaimana membina database untuk laman web jualan anda. Database berfungsi sebagai tempat penyimpanan data dan maklumat penting yang boleh dicapai pada bila-bila masa yang dikehendaki.

Laman web jualan yang dinamik adalah laman web yang boleh mengumpul dan menyimpan semua data dari pengguna atau ahli, dapat berkomunikasi sacara maya dengan pengguna dan sebagainya.

Untuk memasang skrip Sistem Autoresponder dan sistem affiliate yang disertakan ke dalam hosting anda dan dapat berfungsi untuk mengumpul maklumat seperti nama dan email pelawat, maka anda memerlukan database untuk tujuan tersebut.

Modul 7 : Panduan Memasang Autoresponder

Autoresponder adalah satu perkhidmatan menghantar dan membalas email secara automatik. Ia bertindak sebagai mesin yang menguruskan segala penghantaran email kita kepada pelanggan mengikut waktu tertentu.

Selain itu, autorespoder juga bertindak mengumpulkan senarai mail (mailing list) yang berdaftar secara sah di laman web anda. Senarai mail merupakan prospek utama anda jika anda menjalankan perniagaan di Internet.

Modul ini akan menerangkan bagaimana anda boleh memasang skrip sistem autoresponder yang diberikan.

Modul 8 : Panduan Memasang Sistem Affiliate

Sistem affiliate adalah sistem yang bertujuan membentuk rangkaian agen jualan dan berkongsi keuntungan daripada setiap jualan yang berjaya dilakukan. Modul ini akan menerangkan bagaimana anda boleh memasang sendiri sistem affiliate untuk laman web jualan anda menggunakan skrip yang disertakan.

Memasang sistem affiliate untuk produk anda adalah satu langkah yang bijak. Ini kerana anda boleh melantik seberapa banyak agen yang boleh membantu untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda jual. Kaedah ini akan meningkatkan jumlah pendapatan anda.

Modul 9 : Panduan Promosi & Strategi Berkesan

Panduan ini menerangkan pelbagai cara melakukan promosi untuk meningkatkan jumlah jualan produk anda. Selain itu, diterangkan teknik dan strategi berkesan melakukan promosi.

Dalam melakukan sesuatu perniagaan seperti perniagaan di Internet, promosi memainkan peranan yang sangat penting. Promosi yang berkesan akan menentukan kejayaan anda di dalam perniagaan internet. Sebenarnya 99.9 peratus kejayaan bergantung kepada keupayaan anda untuk menjual produk atau perkhidmatan anda.

Promosi juga memerlukan strategi berkesan. Walaupun setiap masa membuat promosi, namun tanpa strategi yang berkesan kemungkinan usaha anda akan sia-sia. Promosi yang anda lakukan hanya merugikan tenaga, masa dan wang ringgit. Oleh itu, lakukan promosi dengan strategi berkesan berpandukan kepada maklumat yang diberikan di dalam ebook ini.

 

BONUS PILIHAN TERBAIK

  1. Juara Affliate
  2. Skrip Soft Ebook Creator
  3. 100 Cara Promosi
GI - Powered By OpenCart
Gedung Ilmu Online Shop (2010 - 2012)