Panduan Perniagaan Internet

Panduan Perniagaan Internet
Brand: Ebook
Product Code: Ebook 007
Availability: In Stock
Price: RM22.00
Qty:  
   - OR -   

Bagaimana anda boleh memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, melakukan promosi, strategi pemasaran dan memperolehi pendapatan. Kelebihan yang terdapat pada perniagaan Internet membolehkan ramai usahawan Internet telah berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan dan ada di kalangan usahawan Internet ini telah menjadi jutawan.

Bagaimanakah mereka boleh bejaya menjadi usahawan jutawan? Jawapannya ada di dalam ebook ini.

KANDUNGAN EBOOK

Ebook dengan 129 muka surat ini lengkap dengan panduan berguna yang anda perlukan sebagai orang baru yang ingin memulakan perniagaan di Internet. Lihat dan perhatikan maklumat dibawah yang berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut.

  1. Diterangkan tentang kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet. Apakah kelebihan yang anda perolehi bila anda menjalankan perniagaan tersebut.
  2. Seterusnya dibincangkan juga model-model perniagaan yang dijalankan di Internet. Sebenarnya terdapat banyak model-model atau bentuk perniagaan yang boleh anda jalankan. Anda boleh memilih satu daripadanya atau ingin menjalankan semua model perniagaan tersebut. Ketahui apa model perniagaan yang sesuai untuk anda melalui ebook ini.
  3. Jika anda kabur tentang produk atau perkhidmatan yang boleh dijual. Ebook ini memberikan anda senarai produk-produk dan perkhidmatan yang mungkin sesuai untuk anda jual melalui internet.
  4. Ebook merupakan produk yang paling banyak dijual di Internet. Apakah yang dimaksudkan dengan produk E-book..? Apa pula kelebihan jika anda menjual produk ebook ini..? Segalanya ada di dalam ebook ini.
  5. Menjalankan perniagaan Internet tanpa produk dan perkhidmatan sendiri. Ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan walaupun anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri.
  6. Ebook ini juga menerangkan bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan walaupun anda tidak mempunyai laman web sendiri.
  7. Seterusnya anda diterangkan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan. Bahagian ini menerangkan perkara yang perlu untuk anda memulakan perniagaan, cara pembelian dan pembayaran dibuat serta cara penghantaran produk dan perkhidmatan dilakukan.
  8. Juga diterangkan berkaitan dengan membina laman web. Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang perisian membina laman web, struktur laman web perniagaan dan beberapa cara mudah membina laman web.
  9. Syarikat pemproses pembayaran menggunakan kad kredit. Dua syarikat yang boleh anda gunakan untuk menerima pembayaran pelanggan yang menggunakan kad kredit.
  10. Melakukan promosi laman web perniagaan anda. Ebook ini turut membincangkan langkah-langkah promosi yang boleh anda lakukan di Internet. Promosi merupakan langkah yang penting untuk mendapatkan pembeli produk anda.
  11. Perniagaan juga memerlukan strategi pemasaran yang berkesan. Ketahui apakah strategi-strategi yang perlu anda lakukan bila anda menjalankan perniagaan di Internet untuk mendapatkan pembeli yang ramai.
  12. Akhir sekali tindakan yang perlu anda lakukan. Di bahagian ini diterangkan secara ringkas tindakan segera yang perlu anda ambil setelah selesai membaca ebook ini. Tindakan langkah demi langkah dari awal sehinggalah anda mempunyai perniagaan Internet sendiri.

KELEBIHAN MEMILIKI EBOOK INI

Melalui ebook ini, anda tidak perlu membuang masa mencari maklumat yang banyak bertaburan di Internet dan kadang-kadang boleh memeningkan kepala anda. Segalanya telah dikumpulkan di dalam ebook "Panduan Perniagaan Internet" ini.

Setiap perkara yang berkaitan diterangkan secara terperinci dan langkah demi langkah. Turut disertakan tindakan yang perlu anda ambil setelah anda mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan perniagaan Internet.

Daripada ebook ini juga, anda boleh melakukan pelbagai jenis perniagaan di Internet walaupun anda tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri atau tidak mempunyai laman web sendiri.

Turut disertakan laman web rujukkan yang boleh anda jadikan panduan perniagaan dan produk-produk yang boleh anda beli dan jual semula jika anda tidak mempunyai produk sendiri.

Sebarang kemaskini yang dilakukan terhadap produk Belajar Berniaga Di Internet ini akan diberikan secara PERCUMA kepada anda.

 

BONUS PILIHAN TERBAIK

  1. Juara Affliate
  2. Skrip Soft Ebook Creator
  3. 100 Cara Promosi
GI - Powered By OpenCart
Gedung Ilmu Online Shop (2010 - 2012)