Panduan Membina Laman Web

Panduan Membina Laman Web
Brand: Ebook
Product Code: Ebook 009
Availability: In Stock
Price: RM26.00
Qty:  
   - OR -   

Jimatkan wang anda dengan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web dan salesletter anda sendiri...Turut disertakan panduan Cpanel, Autoresponder, Ad Rotator, Sistem Affiliate, Borang, dan Skrip Tambahan.

Adakah anda selama ini tercari-cari satu panduan yang lengkap tentang cara yang mudah membina laman web sendiri...? Kini anda mampu membina dan memiliki laman web sendiri tanpa perlu mengupah orang lain dengan panduan yang diberikan di dalam ebook "Panduan Asas Membina Laman Web" ini.

KANDUNGAN EBOOK

Ebook dengan 189 muka surat ini lengkap dengan panduan berguna yang anda perlukan sebagai orang baru yang ingin memulakan pembinaan laman web sendiri. Lihat dan perhatikan maklumat di bawah yang berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut.

Bahagian 1

Bahagian ini terdiri daripada 6 tajuk utama iaitu :

  1. Pengenalan kepada dunia Internet, pembinaan laman web dan ebook Panduan Asas Membina Laman Web.
  2. Melalui ebook ini turut diterangkan tujuan-tujuan seseorang hendak memiliki laman web sendiri.
  3. Seterusnya tajuk mengenali laman web seperti ciri-ciri yang perlu ada kepada sesebuah laman web dan struktur laman web tersebut.
  4. Keperluan membina laman web. Keperluan yang dimaksudkan ialah keperluan perkakasan dan keperluan perisian.
  5. Perisian-perisian yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Terdapat beberapa perisian yang senang digunakan dalam membina laman web tersebut.
  6. Akhir sekali mengenali paparan dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam persekitaran Frontpage yang menjadi perisian utama di dalam penerangan keseluruhan ebook ini.

Bahagian 2

Bahagian ini pula terdiri daripada 9 tajuk utama iaitu :

  1. Mengenali URL. Apakah yang dimaksudkan dengan URL dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  2. Seterusnya mengenali serba sedikit kod-kod bahasa HTML yang menjadi bahasa utama di dalam sesebuah laman web.
  3. Tajuk ketiga dalam bahagian ini merupakan penerangan utama di dalam ebook ini. Dalam bahagian ini diterangkan tentang langkah dan perancangan memulakan pembinaan, penggunaan table, membina header dan menu, interactive button, membina sidebar, membina footer dan background, menulis kandungan, membina jadual, penggunaan layer, membina halaman baru dan tajuk halaman web anda.
  4. Tajuk seterusnya menerangkan penggunaan teknik Iframe. Dua penerangan dalam tajuk ini ialah Iframe untuk sidebar dan Iframe untuk Ad Rotator.
  5. Membuat dan menetapkan Hyperlink. Hyperlink yang biasa dibuat ialah Link Biasa, Link Download dan Link Email.
  6. Membina borang menggunakan Text Editor dan membina borang menggunakan perisian membina laman web.
  7. Edit web template percuma untuk dijadikan laman web anda yang menarik.
  8. Seterusnya tajuk membina salesletter, perkara yang berkaitan tujuan dan ciri-ciri salesletter serta langkah-langkah membina salesletter.
  9. Akhir sekali penerangan berkaitan laman web dan blog. Pembinaan sebuah blog, ciri-ciri dan jenis serta fungsi sesebuah blog.

Bahagian 3

Bahagian 3 terdiri daripada 6 tajuk utama iaitu :

  1. Penerangan berkaitan dengan meta tag dan keyword. Kepentingan dan bagaimana keyword berfungsi, teknik mencari keyword yang tepat dan cara meletakkan keyword di halaman web anda.
  2. Penerangan berkaitan dengan web hosting, pemilihan web hosting dan jenis-jenis web hosting.
  3. Penerangan berkaitan dengan domain name dan cara-cara memilih domain name kesukaan anda.
  4. Penerangan seterusnya berkaitan dengan upload halaman web ke web hosting anda, perisian yang diguanakan untuk upload serta cara untuk melakukan proses uplaod.
  5. Langkah-langkah untuk menghantar laman web dan domain anda ke enjin carian seperti Google dan Yahoo.
  6. Promosi-promosi yang perlu anda lakukan supaya orang ramai boleh melihat dan mengenali laman web anda.

Bahagian 4

Bahagian ini berkaitan dengan panduan Cpanel. Dua tajuk utama dalam bahagian ini ialah :

  1. Menerangkan tentang panduan membina database pada hosting anda, fungsi database tersebut serta membina table database supaya ia dapat berfungsi dengan baik.
  2. Tajuk seterusnya ialah panduan langkah-langkah membina email sendiri pada hosting anda.

Bahagian 5

Bahagian akhir ebook ini adalah berkaitan dengan panduan skirp yang diberikan secara percuma. Terdapat 6 tajuk utama di dalam bahagian ini iaitu :

  1. Tajuk pertama di dalam bahagian ini ialah panduan berkaitan dengan cara-cara memasang skrip tambahan ke dalam laman web utama anda.
  2. Panduan bagaimana anda memasang dan memasukkan skrip JavaScript ke dalam laman web anda.
  3. Seterusnya penerangan tentang Ad Rotator, kelebihan penggunaannya dan cara pemasangan Ad Rotator tersebut.
  4. Turut disertakan penerangan pemasangan skrip borang. Terdapat dua skrip untuk borang iaitu borang hubungi dan borang pesanan.
  5. Seterusnya penerangan berkaitan Autoresponder. Langkah meletakkan autoresponder, kelebihan autoresponder dan kepentingan email marketing.
  6. Akhir sekali penerangan berkaitan dengan sistem Affiliate. Cara sistem Affiliate berfungsi dan kelebihan memasang sistem ini untuk produk dan perkhidmatan anda.

 

SKRIP PERCUMA DISERTAKAN

1. Skrip Sistem Affiliate -  Skrip yang digunakan untuk membentuk rangkaian agen yang membantu menjual produk atau perkhidmatan anda. Bertujuan meningkatkan jualan produk anda.

2. Skrip Ad Rotator -  Skrip untuk tujuan pengiklanan berbentuk pusingan. Sesuai digunakan untuk mempromosi produk atau perkhidmatan di laman web atau blog anda.

3. Skrip Autoresponder -  Skrip yang digunakan untuk menghantar dan membalas email secara automatik. Ia juga bertujuan mengumpul senarai mail yang berdaftar secara sah di laman web anda.

4. Skrip Borang -  Dua jenis skrip Borang disertakan iaitu skrip borang pesanan dan skrip borang hubungi. Boleh digunakan bergantung kepada kesesuaian laman web anda.

5. Koleksi Javascript -  Terdapat pelbagai jenis skrip JavaScript yang diberikan seperti Background Effect, Calender, Clock, Form, Games dan sebagainya. Boleh digunakan untuk laman web anda.

 

BONUS PILIHAN TERBAIK

  1. Panduan Mudah FTP
  2. Skrip Soft Ebook Creator
  3. 100 Cara Promosi
GI - Powered By OpenCart
Gedung Ilmu Online Shop (2010 - 2012)